AKU SEORANG POKOK !




Orang korea panggil pokok namu.
haha, nak dijadikan cerita , waktu koko kat sekolah kena carik bahan alam semulajadi
dan terangkn kenapa pilih semua bahan tu.
idea ni datang dari alya, my sweet little bae.
dia cakap why not buat pokok,
akar dia amik ranting termasuk lah batang dia,
dan daun dia guna daun-daun kering dan daun hidup,
setiap bahan semulajadi tu ada makna dia yg tersendiri,
oh ha kami ada guna batu jugak.

kenapa tajuk harini, aku seorang pokok!
aku seorang pokok merujuk kepada pembentukan akar itu,
bermula dari benih yg ditanam menjadi akar,
disiram dan tumbuh menjadi sebatang pokok yg sihat dan bermanfaat kepada manusia
sama lah jugak dengan hidup ni,
awal pendidikan agama kalau org islam, kalau non muslim mungkin ajar moral la,
pendidikan awal dari ibu bapa lah yg nanti akan sama ada membentuk sebatang pokok yg layu
atau pokok yg sihat ditambah dengan bunga yg cantik mekar.

tak pelik kalau sekarang banyak yg pada akhirnya hidup sebagai pokok layu,
kerana sekiranya pendidikan awal yg diberikan tu dah cukup elok,
tapi bila sudah tumbuh akal,
dia tetap pilih ke arah yg negatif.

seterusnya ialah batang pokok tu sendiri,
pengetahuan am lah kan, kat tengah-tengah pokok tu,
mesti ada lubang dia tersendiri,
bulatan kat tengah batang tu menunjukkan yg setiap manusia ni,
ada dia punya kisah hidup yg dia pendam,
dia hanya sudi cerita kepada yg rapat,
ataupun ada yg pendam kisah tu sampai dia mati.

last but not least ialah daun pokok tu,
ada daun yg dh reput dan ada yg masih elok segar hijau mewarnai mata,
hahah, daun tu membawa simbolik kepada idea,
dalam hidup ni  manusia di galakkan utk sentiasa berfikir,
utk hidup dia, masalah, and utk sekeliling,
daun yg hidup tu menggambarkan idea-idea yg diterima olh org lain,
and daun yg mati dan reput tu pulak melambangkan,
idea dia yg berlainan tu tak diterima,
bukan kerana idea tu tak berguna, cuma
disebabkan perubahan baru yg dia cuba bawak tu,
xaramai boleh terima.

hidup manusia ni xdak satu pun yg sama, berbeza perangai and macam2 lagilah kan,
jadi cubalah jadi sebatang pokok yg indah utk ditumpang berteduh kala panas,
dan memberikan bunga mekar sebagai pemandangan yg cantik.

credits to baeterchenta ;)




Comments

Popular posts from this blog

spirits of live

TUN M BACK ON RULES!!!!